Kini Internet Lebih Murah

tedata-pricelistInternet memang satu keperluan untuk orang seperti aku. Aku perlukan download dan upload rate yang tinggi untuk setiap kerja aku. Juga untuk kawan-kawan aku yang suka tengok Youtube, Tv3 dan Torrent.

Hari ni segalanya pelik, status talian internet langsung tidak menunjukkan sebarang masalah. Tanpa putus. Download upload laju dari biasa. Aku cuba akses router, apa yang aku dapati adalah datarate adalah 4096kbps Download dan 1024kbps Upload. Huh! terkejut aku sedangkan kami guna sekarang ini 2048kbps.

Aku terus melayari laman web penyedia internet yang kami langgan. Baru aku tahu, rupanya harga internet telah berubah. Jauh lebih murah dari sebelum ini. Begitu juga syarikat penyedia internet yang lain, harga turun mendadak. Ini sudah bagus untuk student macam aku, perlu berjimat.

Aku harap terus kekal seperti ini dan aku sudah malas menghantar membalas emel kepada technical’s support mereka. Walaupun mereka memang mesra pelanggan. Tekan send diemel, 5 minit lepas itu terus telefon, aku suka!

Dan sekarang sudah dinaiktaraf ke 4096kbps, Yey! nak download banyak-banyak video di http://www.almuttaqin.tv. Harga memang tidak boleh tandingi Malaysia 😀 . Malaysia jauh lebih murah. Oh ya, dah upgrade engine blog ini kepada wordpress 2.8

4 thoughts on “Kini Internet Lebih Murah”

    1. hehe.. yo la.. jenuh nak bayaq ni.. pakat balik blaka. awat tak update lagi wordpress tu? takkan tak celuih. nak tumpang boleh ja.. 😀

Leave a Reply to ismailnaim Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.