Lelaki Misteri

Suasana malam yang masih panas beransur-ansur sejuk di Bandar Ramses, Kaherah. Saya masih menunggu Mohammad Asri, atau panggilan popular beliau ‘Wahab’. Wahab berjanji ingin bertemu saya di hadapan Masjid Ramses dalam lebih kurang 30 minit lagi. Saya menunggu dengan berdiri menggalas beg penuh dengan baju untuk bermalam. Saya menunggu lebih dari 2 jam.

Mungkin ada hikmah kenapa saya menunggu lebih daripada 2 jam, ini kerana dalam tempoh dua jam tersebut, saya didatangi seorang lelaki berbangsa arab, berambut pendek, berjambang kemas, warna mata coklat, terdapat quran didalam poket baju. Saya petah bertutur dalam bahasa arab bersama lelaki yang langsung tidak dikenali. Begitupun dengan namanya. Dalam perbualan tersebut dia memberitahu dia berasal dari Alexandria, 4 jam perjalanan dari Kaherah mungkin. Bekerja sebagai pembancuh minuman di satu kawasan di Alexandria.

Setelah beberapa minit bersembang saya beritahu dia, tunggu sekejap, saya nak membuat panggilan, saya cuba hubungi wahab, namum penantian 30 minit akan berlanjutan kerana wahab memberitahu bahawa jalan sesak. Saya kembali sembang dengan lelaki tersebut. Dia meminta maaf kerana nafas berbau rokok, dia baru selesai menghisap rokok. Saya cuba menguji beliau, “apakah hukum menghisap rokok?” tanya saya. Dia menjawab bahawa rokok adalah haram, haram seharam-haramnya dalam agama islam. “Habis kenapa awak hisap?” saya bertanya melepaskan geram :D. Dia sedikit terkilan dengan soalan itu mungkin. Dia terus menjawab, saya hamba Allah, Allah telah menentukan segalanya. Saya membalas, jika awak mengatakan menghisap rokok itu haram, maka haramlah bagi awak menghisapnya. Berhenti disitu, dia cuba menukar tajuk perbualan.

Banyak lagi perbualan yang dibualkan sehingga menyentuh isu-isu perkauman dan keagamaan. Sehinggakan dia mengeluarkan Al-quran menunjukkan ayat-ayat yang berkaitan perkauman dan keagamaan. Saya hanya mengiyakan kerana memang Al-quran itu kalam Allah. Seterusnya saya bertanya kenapa dia datang ke Ramses, sedangkan dia tinggal di Alexandria. Begitu senang jawapan, saya sedang beribadat kepada Allah, tidak kira dimana, solat dan membaca Al-Quran dimana sahaja, bila-bila masa. Saya berfikir, memang betul jawapan itu, tetapi lari dari jawapan yang saya nak. Sebelum bertanya, saya berfikir, mungkin dia datang untuk urusan-urusan lain. Dia langsung tidak bersembang mengenai dunia, bahkan bersembang hanya perkara berkaitan agama islam.

Dah lebih 1 jam bersembang, datang seorang lelaki berjubah hitam berketayap putih.  Lelaki berjubah hitam ini berbisik dengan lelaki saya bersembang tadi.  Kemudian dia datang berdiri dihadapan saya, lalu dia berkata sesuatu yang langsung saya tidak faham, saya cuba menyuruh beliau mengulangi, namun, saya langsung tidak dapat memahami apa yang dituturkan. Saya rasa itu bukan bahasa Arab, lahjah arab langsung tidak saya dengar. Kenapa ini terjadi? Kemudian lelaki berjubah hitam itu berbisik kembali dengan lelaki yang saya sembang tadi. Beberapa saat selepas itu, dengan muka seperti geram dan bengang mungkin terus lesap dari pandangan saya dalam himpunan orang ramai. Saya bertanya apa yang lelaki berjubah hitam itu cakapkan, dia diam tidak memberi jawapan. Saya sabar.

Azan Isya’ berkumandang,  kami berhenti bersembang sehingga azan selesai, kemudian dia mengajak saya untuk ke masjid. Saya cakap saya dah solat Jama’ tadi, saya musafir. Saya menyuruh dia pergi solat dulu, dia terus bersalam dan kami berpisah. Beberapa minit selepas itu, saya dihubungi wahab, dan kami bertemu dan teruskan perjalanan kami ke suatu tempat yang sudah dirancang.

Saya masih memikirkan, Siapakah lelaki itu? Kenapa dia datang kepada saya? Kenapa saya begitu lancar bersembang bahasa arab, seperti dilahirkan dan dibesarkan oleh bangsa Arab, sedangkan saya masih kurang memahami bahasa arab Ammiah? Kenapa saya boleh bersembang lebih dari 1 jam dengan orang yang langsung tidak dikenali? dan siapa pula lelaki berjubah hitam itu? bercakap dengan bahasa yang langsung saya tidak faham. Menjeling dengan perasaan tidak puas hati sebelum meninggalkan saya.

p/s : pasti ada hikmah disebalik kejadian misteri ini.

3 thoughts on “Lelaki Misteri”

  1. kata berbangsa arab…tapi dia cakap dalam bahasa lain..ada ka dalam arab yg lahjah pelik sket..maybe dia org maghribi kot…

    tgk bola dak kat mesir….

  2. @ adib : entalah, mlm tu cakap arab dgn lelaki yang awal mcm air, mungkin Allah mnutup pendengaran ana untuk bersembang dgn lelaki berjubah hitam itu..

    bola mesti la tgk.. sini pukul 945 malam game last.. sana pagi.. kesian.. hehe

  3. salam, 2005 selepas balik dari mengerjakan umrah bersama ibu , kak ros berhajat untuk membawa kakak dan suami tapi sehingga kini kakak masih gagal mengumpulkan wang secukupnya walaupun hakikatnya pendapatan kak ros agak lumayan.

    sekarang nie kak ros cuba mencari jalan bagaimana kak ros boleh menunaikan hajat kak ros. kalau saudara ada cara bagaimana kak ros boleh meneruskan hajat kak ros dgn kadar sangat minima.

    sekian terima kasih
    wasallam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.