Masih Mempelajari GIMP

Sejak Ubuntu Lucid dilepaskan, aku kembali menggunakan Ubuntu setelah beberapa lama meninggalkan Ubuntu dan juga Gimp. Sebelum ini aku menggunakan Microsoft Windows 7 dan Adobe Photoshop versi rompak 🙂 maklumlah, tidak mampu untuk mendapatkan lesen yang beribu ringgit harganya itu.

Gimp
Gimp Export

Ini screenshot dari GNU Image Manipulation Program (Gimp). Kini menyokong Single Windows Mode.

Pidgin
Pidgin

Aku masih menggunakan Pidgin untuk berinteraksi dengan sahabat Yahoo Messenger. Empathy IM Client masih tidak selesa bagi aku, mungkin sedikit masa lagi aku akan cuba beralih menggunakan Empathy.

Aku bersama Adib bergurau senda cuba mengubah suai gambar menggunakan Gimp ini. Inilah hasil yang kami lakukan, kami adalah pengguna baru Gimp.

Zoom
Zoom

Zoom – Caranya hanya ke Filter > Blur > Motion Blur. Pada Blur Type pilih Zoom, dan adjust ikut kesukaan anda.

Stamp
Stamp

Stamp – Ini hanya menampal dari gambar Original. Menggunakan fungsi Clone dengan scale yang kecil supaya nampak lebih real.

Original
Kim Shaw and wife Jennie watch floodwaters from the swollen Loosahatchie River encroach on their front lawn in the Waverfly Farms area south of Millington, Tennessee, Sunday, May 2, 2010. (AP Photo/Lance Murphey) #

Di atas adalah gambar asli. Kami hanya membuang papan tanda STOP tersebut. Tentu anda semua pelik, kenapa papan tanda berada di dalam sungai 😀 haha.. Sebenarnya adalah kawasan jalan yang ditenggelami air. Gambar mangsa banjir di Selatan Millington, Tennessee. Kami ambil gambar ini di laman Bigpicture Boston.com

Itulah serba sedikit asas yang perlu anda tahu ketika menggunakan Gimp. Ubuntu dan Gimp adalah percuma! hehe..

11 thoughts on “Masih Mempelajari GIMP”

  1. penah try Gimp sblom ni.. tp rasa kekok sebab dh terbiasa pkai photoshop..

    pkai ubuntu senang ke susah? teringin nak pkai ubuntu tp tak reti.. 🙁

      1. takut2 lagi nk guna.. semalam dah siap donlod, siap burn ubuntu 10.04.. tp takut nk pasang.. haha.. org ckp ubuntu ni lebih kurang mcm Mac.. yeke?

  2. wah.. cantik gak ubuntu lucid ni. ala mac os x leopard pun ada gak. hehe

    aku pun nak try jugak guna ubuntu kat netbook. tunggu version netbook nye la kot keluar..

    1. memang cantik, setelah beberapa penambahan. haha..

      Versi untuk netbook memang dah ada la. download la. hehe..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.