Menawan Puncak Tursina

Assalamualaikum, lama juga aku pergi bercuti, aku ke Selatan Sinai. Banyak juga tempat sejarah yang aku kunjungi.  Antaranya, Uyun Musa, Hammam Firaun, Terowong Ahmad Hamdi, Gunung Sinai, Makan Nabi Harun A.S., Makam Nabi Soleh A.S.

rehat-sinai

Gambar yang diambil oleh Afifi setelah berjaya turun dari Gunung Sinai (tempat Nabi Musa bermunajat) dengan kelajuan yang boleh mengalahkan kura-kura. Aku dan 2 rakan dari Negeri Kelantan antara kumpulan pertama sampai di bawah, masa diambil lebih kurang 1 jam lebih.

Pada mulanya aku ingin kemaskini blog ini melalui telefon bimbit, 2 bateri yang aku bawa masih tidak mencukupi kerana keadaan cuaca yang amat sejuk mungkin. Kesusahan untuk mengakses internet akibat kawasan bergunung-ganang juga antara sebabnya.

InsyaAllah, nanti aku akan menulis dengan laporan penuh sepanjang perjalanan aku. Aku akan menceritakan serba sedikit tentang sejarah yang diceritakan dalam Al-Quran Karim tentang tempat yang telah aku kunjungi.

9 thoughts on “Menawan Puncak Tursina”

  1. Ui, bestnya melancong, hehe..Lepas ni sambung la cerita, teringin nak tau pasal tempat-tempat tu.

    p/s: Macho gambar, =D

Leave a Reply to Bat Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.