Meringkaskan Paparan Mybloglog Widget

Assalamualaikum, salam sejahtera semua! Harap kalian semua sihat selalu. Seorang hamba Allah, telah mengirimkan emel bertanyakan tentang bagaimana hendak menghilangkan header dan footer pada paparan Mybloglog, dan nampak kemas tersusun seperti yang ada pada blog aku satu ketika dulu. Aku lakukan ini kerana memang suka blog yang ringkas dan kemas, juga memudahkan pengunjung membaca.

Baik, mari kita ikut langkah mudah ini. Aku hanya menggunakan platform wordpress (selfhost), supaya mudah bagi pengguna yang masih belum mahir menggunakan tools lain. Sebenarnya cara yang ingin ditunjukkan ini boleh digunakan dimana sahaja selagi ianya menggunakan CSS sebagai pembentuk sesuatu paparan halaman web.

Langkahnya – Login ke akaun Mybloglog anda, pada bahagian My Sites and Services klik pada widget untuk blog anda. Seterusnya klik pada Looking for the old-school Recent Reader widget?

Old School

Seterusnya klik pada Looking for the old-school Recent Reader widget? Find it here.

Pilih Warna

Seterusnya anda perlu memilih warna yang sesuai untuk blog anda. Width mengikut saiz sidebar blog anda. Show screen names – no. Image size – half-size. Title terpulang kepada anda, sama ada ingin meletakkan atau tidak. Aku memilih untuk membuang. Setelah selesai, klik pada Preview and Get Code.

Kemudian, kod Mybloglog anda telah berhasil, salin (copy).Letak Widget

Letakkan kod tersebut dibahagian widget dalam wordpress dashboard anda. Save.

Paparan Asal

Paparan Mybloglog dari kod asal akan terpapar di sidebar blog anda.

Tambah CSS

Seterusnya, kita perlu masukkan sedikit jampi CSS pada tema blog, klik pada Appearance > Editor. Kemudian, klik pada Stylesheet (style.css) dalam template blog anda. Tambahkan kod css dibawah seperti gambar di atas, letakkan dimana sahaja anda mahu di dalam style.css tadi.

.mbl_fo_hidden,.mbl_join,.mbl_join_img {
display: none;
}

Klik Update File, pastikan file style.css anda writable. Jika tidak anda perlu melakukan dengan cara lain, seperti download dan edit di komputer anda, kemudian upload kembali. Atau anda boleh menggunakan file manager pada control panel hosting anda.Paparan Selepas

Tadaa!!  senarai rakan Mybloglog anda nampak kemas dan tersusun seperti gambar di atas. Ini hanya untuk pengguna yang gemar sesuatu yang ringkas dan kemas. Juga tidak menambah ke’serabut’an blog anda. 😀

Sebarang soalan bolehlah dikemukakan. Jika aku boleh membantu, insyaAllah, aku cuba membantu kalian.

11 thoughts on “Meringkaskan Paparan Mybloglog Widget”

  1. salam bro, nak tanya…mengenai theme wp. paparan berbeza mengikut os. bagaimana hendak menampakkan paparan yg sama?

    contohnya, aku setup theme aku melalu windows. tp bila buka blog aku menggunakan ubuntu, paparan dia berbeza terutama font dia. cam mana nak bg sama cam windows balik?

    1. haha, satu soalan yang bagus. Sebenarnya, benda ni la yang paling payah. Sebab paparan memang berbeza ikut OS dan browser.

      Kalau nak bagi sama tu rasanya tak boleh kot. Just guna kod CSS yg sebetulnya untuk view tanpa masalah untuk semua OS dan browser.

      Aku guna browserlab.adobe.com bagus tool ni. Cubalah.

      1. browserlab.adobe.com cam tak pernah guna lagi. nanti aku cuba, kalau ada masalah aku rujuk pada ko yerk. hope ko dapat membantu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.