Penyusuan Nabi Muhammad SAW

Sambungan daripada kelahiran Nabi Muhammad,  pada mulanya Nabi disusui oleh Suaibah hamba wanita Abu Lahab selama beberapa hari. Kemudian Abdul Muthalib memberikan cucunya yang paling disayangi itu kepada  seorang ibu susu yang datang dari kampung seperti kebiasaan bangsa Arab. Bangsa Arab lebih senang untuk meyusukan anaknya kepada ibu susu dari kampung kerana keadaan di kampung udaranya lebih bersih untuk pertumbuhan anak kecil. Di samping pengaruh kampung sangat baik sekali bagi pertumbuhan akhlak si bayi dan bahsa di kapung lebih fasih daripada bahasa kota.

Waktu itu ada beberapa wanita datang dari kampung Banu Saad untuk mencari pekerjaan menyusukan anak bayi. Wanita Banu Saad sangat terkenal dengan pekerjaan mereka yang satu ini dan terkenal dengan kefasihan bahasanya. Di antara mereka yang datang itu adalah Siti Halimah Sa’diayah. Siti Halimah datang kerana waktu itu kampungnya sangat terdesak. Pada umumnya para ibu susu itu mencari bayi dari keluarga kaya agar mereka mendapat upah yang besar. Pada mulanya setiap kali bayi Abdul Muthalib itu ditawarkan pada setiap orang, mereka selalu tolak termasuklah Siti Halimah yang pada itu juga mencari bayi dari keluarga orang kaya. Namun sayang, Siti Halimah tidak mendapat bayi orang kaya, kerana itulah beliau terpaksa menerima bayi Abdul Muthalib yang miskin dan yatim.

Setelah bayi Abdul Muthalib itu diterima oleh Siti Halimah, Allah memberikan rasa cinta di hati Siti Halimah, sehingga beliau amat sayang sekali pada bayi yatim dan miskin itu. Dan Allah juga memberikan rezeki dan keberkatan bagi keluarga Halimah yang fakir. Sehingga ramai kaum wanita yang menyusui bayi keluarga orang kaya merasa hairan terhadap rezeki dan keberkatan yang diberikan kepada keluarga Siti Halimah. Untuk itu mereka banyak berkata kepada Halimah : “Hai Halimah, sungguh beruntung sekali kamu dengan menerima bayi yang membawa keberkatan bagimu.”

Nabi berada di kampung Banu Saad selama dua tahun. Selama itu keluarga Siti Halimah hidupnya sangat bahagia sekali. Kerana rezeki makin lama makin bertambah kaya. Dan keluarga itu itu sangat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rahmatNya kepada si bayi dan keluarga Siti Halimah. Sedangkan Muhammad makin lama makin membesar dengan baik dan sangat dikagumi oleh teman sebayanya.

Waktu Nabi berumur dua tahun, beliau dibawa oleh keluarga Siti Halimah berkunjung ke rumah ibunda Nabi di Kota Mekkah. Kemudian Siti Halimah merayu kepada ibunda Nabi agar rela mengembalikan Nabi sekali lagi ke rumah Halimat di kampung sampai anak itu agak besar. Permintaan itu dikabulkan oleh ibunda Nabi dan akhirnya Nabi kembali lagi ke kampung Siti Halimah.

Pada suatu hari ketika Nabi masih diasuh di kampung Banu Saad, didatangi oleh dua orang Malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk membelah dada Nabi dan membersihkannya dari segala tabiat buruk sebagai persiapan untuk menerima tugas risalah di kemudian hari.

Selama di kampung Banu Saad, Nabi Muhammad menggembala kambing Siti Halimah bersama saudara-saudara susunya. Sejak kecil beliau biasa hidup sederhana seperti yang terbiasa di kampung. Selama di kampung beliau juga terbiasa dengan bercakap dalam bahasa Arab yang fasih. Bahasa Arab Banu Saad sangat terkenal akan kefasihannya. Kerana itu tidak heranlah bila kelak Nabi berbangga didepan para sahabat beliau dengan sabdanya :

“انا اعربكم وانا قريشي واسترضعت فى بنى سعد بن بكر”

Ertinya : “Aku orang yang terfasih daripada kamu dan aku seorang Quraisy yang dibesarkan di kampung keluarga Banu Saad bin Bakar.”

2 thoughts on “Penyusuan Nabi Muhammad SAW”

Leave a Reply to eddie Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.