Plantronics .Audio 628 USB Work In Xubuntu

Beberapa hari lepas, aku ada membeli headset Plantronics .Audio 628 USB. Untuk memudahkan aku membuat panggilan ke Malaysia dan juga bersembang di Skype. Kualiti dan prestasi memuaskan. Pada mulanya mempunyai sedikit masalah mikrofon ketika dijalankan pada sistem operasi Xubuntu. Setelah diteliti beberapa aplikasi perlu dimasukkan bagi penggunaan optimum.

Aku install Gnome Alsa Mixer dan masalah mikrofon selesai. Caranya – ke Software Center, kemudian taip dan cari Gnome Alsa Mixer dan klik install. Setelah selesai install ke Menu > Multimedia > Gnome Alsa Mixer. Pada paparan Gnome Alsa Mixer, klik pada tab USB Mixer. Pada paparan bahagian Mic tandakan pada Rec. Selesai. Mikrofon saya berfungsi dengan baik tanpa masalah.

1 thought on “Plantronics .Audio 628 USB Work In Xubuntu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.