Scammer dari Wakil Celcom

Dah mula banyak menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan SMS. Semuanya berkaitan tunggakan bil Celcom, siap dengan nombor ID akaun celcom, tepat pula tu.

Sahih Celcom jual data peribadi pengguna ni, kalau saja-saja nak dapat memang susah sebab data dilindungi.

Assalamualaikum En, saya dari syarikat potpetpotpet, wakil Celcom. Encik ada tunggakan bil celcom untuk beberapa bulan lepas sebanyak RMxxx.xx

Sebenarnya saya dah tukar ke telco lain. Bil sudah dijelaskan, baki RM0. Maka, bermulalah sesi layan-melayan, saya tanya dia soalan lebih dari dia tanya, dia pun naik boring la kot nak jawab.

Last sekali dia potong,

Saya minta kerjasama Encik untuk semak kembali dengan Celcom, dan hubungi kami kembali jika ada tunggakan.

Pandai dia buat ayat nak letak telefon. kah kah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.