Sekat Panggilan Masuk Yang Tidak Digemari

Berapa bulan lepas aku menukar nombor telefon dari Vodafone ke Etisalat, tariff cas Etisalat lebih murah berbanding Vodafone. Tetapi akhir-akhir ini aku menerima panggilan dari operator yang tidak dikenali dan meminta untuk menerima panggilan yang akan dicas dari kredit aku sendiri, pelik. Aku rakamkan percakapan operator tersebut, aku simpan.

Pada hari ini, aku keluar seorang diri. Cuti sebentar oleh kerana jarak subjek peperiksaan agak jauh, selang beberapa hari. Tujuan hendak ke mana tidak dirancang, terdetik untuk pergi ke Etisalat Centre ketika berada didalam bas. Terus menuju ke Etisalat Centre tersebut.

Setelah sampai, terus aku dilayan oleh seorang pekerja lelaki, walaupun orang agak ramai. Biasalah, makhluk asinglah katakan. haha.

“السلام عليكم, عندي مشكلة شوي.. ارر ”

“Waalaikumussalam, fadhal ya kapten. May i help you? You speak arabic or english?.” Jawab pekerja tersebut.

Dalam hati aku, bukankah aku sudah bertutur dalam bahasa arab tadi. Tidak mengapa, english pun boleh.

“Yes,  i have problems, here my phone, listen carefully what I recorded.” Kata aku sambil menghulur telefon bimbit.

Dia pun mendengar rakaman panggilan tersebut, lalu bertanya apakah masalah yang berlaku, dan apa yang aku hendak lakukan.

Aku pun menceritakan panggilan dilakukan setiap hari sekurang-kurangnya 3-4 kali berturut-turut. Aku menjawab dan letak semula sebanyak 3-4 kali begitu. Sehinggakan ketika tidur pun masih berbunyi. Ganggu!

“You dont want to receive call from this number? Please follow me!” Ajak pekerja tersebut.

Aku pun mengikut pekerja tersebut ke kaunter bahagian belakang, dia melayari data pelanggan, guna Internet Explorer 6, haha. Login as Admin, nombor telefon aku dicatat. Pufff! Nama aku, nombor passport, dan segala maklumat diri aku ada disitu. Sebenarnya aku sudah daftar ketika mendapatkan kad SIM dulu. Apa yang membuatkan aku teruja, rekod panggilan, panggilan masuk, panggilan keluar, rekod akses internet  dan lain-lain semuanya tercatat di bawah nombor yang aku gunakan. Canggih! Aku juga tidak menyangka semua itu akan ada. Bagus juga untuk laporan, jika berlaku perkara tidak diingini.

“Ok, you want to add this number to blacklist?” tanya dia sama ada ingin menyekat nombor tersebut dan aku iyakan sahaja kerana sudah bosan dengan panggilan yang mengganggu itu.

Pekerja tersebut klik itu dan ini, isikan nombor yang ingin disekat di ruang blacklist. Save! kerja selesai. Mudah rupanya, lagi mudah dari aku design laman web dan menulis blog! Itulah pertama kali aku melihat sistem yang digunakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Hebat!

Aku telah pun berjaya menyekat nombor telefon yang mengganggu aku selama ini, harap tiada lagi selepas ini. Balik rumah terus ingat hendak semak maklumat dalam Akaun Etisalat. hehe..

Akaun Etisalat
Rupa Akaun Etisalat

8 thoughts on “Sekat Panggilan Masuk Yang Tidak Digemari”

  1. hang belajar kat mesir kan? utk domain dan hosting mcm mana plak? xde apa2 masalah? host kat mana? cite la skit….mana tahu suatu hari nanti aku p beljar oversea kan.

    1. domain dan hosting ni bayar guna internet banking atau paypal. Host kat internet-webhosting je. hehe..

      owh.. ada cita-cita, bagus. Jauh perjalanan luas pemandangan ya tak. 😀

  2. salam…mcm mana cara2 nak sekat panggilan masuk tu…leh tunjuk ajar….saya pun ada dpt gangguan yg sama…leh tunjuk kan step by step?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.