Selamat Hari Guru

Selamat hari Guru!

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Petikan dari Portal Rasmi hari Guru.

16 Mei merupakan tarikh yang telah ditetapkan untuk Hari Guru. Teringat aku semasa di sekolah dulu, sambutan hari guru memang meriah. Sambutan setiap tahun. Ditambah dengan program guru bersama pelajar dalam pelbagai acara. Antara yang menarik minat aku adalah dalam permainan bola sepak. Bayangkan guru-guru yang jarang bermain bola di ajak oleh anak murid, dengan keadaan guru pula perut masing-masing ke depan. hehe. Guru lelaki lah. Gelagat guru dapat kita lihat ketika ini, walaupun garang ketika mengajar, tetapi lemah lembut dalam menyemai ukhwah sesama pelajar. Seronok!

Ketika di sekolah rendah, aku sebagai seorang pengawas, telah diberi kejutan semasa perhimpunan supaya mendapatkan sebatang pen yang telah ditulis dengan nama guru. Jadi, carilah guru tersebut dan sampaikan pen sebagai hadiah hari guru. Kebetulan ramai guru baru, aku juga masih belum kenal semuanya. Perasaan gementar menyelubungi 😀 . Dalam hati, memohon doa kepada Allah, “Ya Allah.. berilah aku dengan nama guru yang aku kenal.” Pengawas dijemput ke depan, diberi 1 pen seorang. Fuh! leganya hati, nama tercatit merupakan guru yang menjadi idola, guru kesayangan dan aku kenal sangat. Mulalah misi mencari guru tersebut. Setelah menjumpai, pen diberi, ucapan Selamat Hari Guru disampaikan. Dibalas dengan terima kasih, senyuman manis dan ucapan semoga berjaya dan menjadi pelajar cemerlang.

Aku masih ingat dan rindukan guru-guru. Walaupun tidak dapat menghubungi semua mereka. Aku harapkan doa daripada mereka supaya aku menjadi seorang insan yang cemerlang dan berguna.

Aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia, khususnya Guru-guru yang pernah mengajar aku di Pasti Kepala Bukit, Sekolah Rendah Kebangsaan Siputeh,  Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Semoga dengan ajaran kalian semua ilmu aku diberkati. tidak lupa juga kepada Cikgu bat. hehe ~

3 thoughts on “Selamat Hari Guru”

Leave a Reply to Bat Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.