Selamat Menyambut Ramadhan

jam-dan-tasbih
Gambar Oleh Wan Ali

Assalamualaikum, baru sahaja selesai menunaikan solat sunat Tarawih kat masjid berdekatan dengan rumah aku. Aku bersama teman serumah Aminrul dan Amirul Hafidz pergi ke Masjid yang sama, Masjid Sidi Khitob. Baki, ke masjid Sidi Ahmad Badawi.

Rasanya satu-satu masjid di kawasan Seberbay (rumah sewa aku) yang menunaikan 20 rakaat. Masjid lain pula hanya sekadar 8 rakaat. Masjid Sidi Ahmad Badawi juga 20 rakaat. 8 rakaat disini tidak seperti di Malaysia ya!, bacaan surah bermula awal Surah Al-Baqarah, dan berakhir pada juzuk pertama pada hari pertama Tarawih. Ada juga melebihi 1 Juzuk semalam. Bacaan merdu dan indah dengan sebutan makhraj yang jelas membuatkan makmum dibelakang dapat menghayati maksud dan makna Al-Quran itu sendiri.

Sempena Ramadhan ini, aku Ahmad Rushdi, ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika aku melakukan kesilapan kepada kalian, tidak kira sama ada aku sedar atau tidak. Harap kalian dapat maafkan, dan doakan juga aku semoga aku berubah kepada lebih baik. Sama-samalah kita bersama memenuhi amal kita dengan keberkatan yang ada di Bulan Ramadhan.

Selamat Menyambut Ramadhan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.