Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

Setelah hampir 2 minggu mendiamkan diri, kini aku kembali untuk kemaskini blog kesayangan ini 😀 . Sambil membaca di google reader dan blogwalking, terserempak dengan blog Anwar Osman, ada contest Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop. Ringkas sahaja contest ini, itu yang menarik minat aku untuk join. Sudah lama tidak join contest, apa salahnya sekali sekala mencuba. Ada juga benda yang boleh aku update blog ini. Jom join..

My Desktop
Gemar desktop ringkas dan bersih

Inilah rupa desktop aku, latarbelakang wallpaper alam semulajadi akan berubah 15 minit sekali. Sejuk mata memandang. Setelah upload screenshot, baru aku perasan dimana CPU usage dan Network in and out kosong, ini menunjukkan CPU pada komputer aku berhenti seketika kerana tiada sebarang proses sedang berjalan semasa aku mengambil screenshot ini (Cool’n’Quiet™ Technology).

Aku juga tidak gemar icon yang serabut pada desktop, jadi semua shortcut aku letakkan pada Start Menu. Manakala shortcut penting untuk folder, aku pinkan pada taskbar. Untuk akses, hanya klik kanan pada pinned folder di taskbar dan pilih folder yang telah diinginkan. Mudah bukan? Tetapi aku lebih suka Ubuntu kerana kepantasan 😀 . Untuk contest ini aku menggunakan windows 7.

Untuk maklumat lanjut contest ini bolehlah berkunjung ke blog saudara Anwar Osman, hadiah RM100 menanti para peserta. Tarikh tamat pada 30 Disember 2010 jam 12.00 am, Selamat berjaya kepada semua. hehe..

Sila abaikan 2 screenshot lama dibawah ini, tidak termasuk didalam pertandingan.

Ubuntu Desktop

Desktop ubuntu aku yang juga ringkas dan bersih. Wallpaper juga hijau.

Mac OSX Desktop

Wallpaper juga hijau. 😀 Pada pendapat aku, Mac merupakan OS yang masih tiada tandingan sehingga kini. Kepantasan, keselamatan dan lain-lain yang membuatkan aku suka!

17 thoughts on “Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop”

  1. Salam. Article yang ringkas dan bersahaja.. Desktop yang simple dan green. I like Go Green boleh kurangkan stress di mata. Terima kasih kerana join kontest saya.

  2. Desktop Contest – Ubuntu Desktop atau Windows 7 Desktop.
    Agak blur sikit… mana nak kot2 custom sampai tahap tu…. hehehe

Leave a Reply to arif Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.