Simple Forum SK Logo

Lamanya tak kemaskini blog, sampai terlupa aku menyertai pertandingan mencipta logo untuk forum sembang komputer . Nah, tengok punya tengok dah mengundi rupanya logo-logo yang ditandingkan. Sebanyak 10 daripada 52 logo layak untuk diundi, setelah ditapis oleh Saudara Khairul, pemilik Sembangkomputer.com.

Aku design logo ni pada hari Ahad, 14 September 2008, jam 6 pagi kot siap, selepas solat subuh. Sekejap saja design logo ni, aku buat seringkas mungkin. Nampaknya, kerana terlampau ringkas juga orang tak nampak logo aku, haha.. padan.. simple sangat.

Dah tak menang rupanya logo aku. Berada di tangga kedua terakhir statistik ketika artikel ini ditulis. Tapi bukanlah nak sangat hadiah tu (sedih tak menang ni), hanya sekadar menceriakan suasana dan menjalin ukhwah sesama blogger. Tahniah! kepada yang menang..

Ni la sikit penerangan logo yang aku cipta tu :

  • Atas : 2 Smiley (Kuning dan Merah), smiley yang memberi maksud tersendiri.
  • Bawah : Gabungan 2 huruf penulisan melayu, rumi dah jawi, Huruf ‘s’ bermaksud sembang dan huruf jawi ‘kaf’ bermaksud komputer.
  • Tujuan smiley dan ruang kiri kanan adalah untuk Event ala google gitu.. 😀
  • Contoh untuk hari raya boleh letakkan smiley bersongkok ke ketupat ke dan lain-lain.

* warna hijau itu hanya contoh, warna boleh diubah mengikut kesesuaian tema.

p/s : masa untuk study.. doakan aku berjaya..

Exit mobile version