Suasana Sambutan Maulid Nabi

Perjalanan ke perkampungan arab mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kampung diberi nama Raudhah.  Suasana kampung yang dikelilingi tumbuhan hijau gandum dan sayur-sayuran.

Menjamu Selera

Menjamu Selera

Menjamu selera dalam keadaan gelap, bekalan elektrik terputus. Sedap sup daging dan Salatoh. Selera sungguh aku makan.

Membaca Dalail Khairat

Selepas solat Isya’, majlis dimulakan. Diketua oleh Syeikh Wahbah. Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Dr. Muhammad Abu Salim

Ucapan yang hebat dan padat daripada Dr. Muhammad Abu Salim, Pensyarah Kuliah Syariah, Tanta.

Dr. Abdul Aziz Salam

Burdah, Qasidah dan Syair yang disampaikan amat merdu sekali. Tidak terasa walaupun hampir 4 jam mengikut alunan.

Bergambar Selepas Majlis

Bergambar beramai-ramai setelah selesai majlis. Kiri sekali berserban putih merupakan cucu kepada Sidi Ibrahim Dasuqi.
Aku sertakan sedikit sedutan video untuk tontonan pengunjung, semoga terhibur.

Exit mobile version