Tutorial Bagaimana Membuat Live Blogging

Ramai juga yang bertanya bagaimana hendak membuat live blogging. Jadi aku berikan 2 blog yang menunjukkan tutorial bagaimana hendak membuat live blogging langkah demi langkah. Sila layari blog Saudara Tengku Aizat dan Saudara Termizi. Mereka berdua menggunakan Flickr untuk menempatkan gambar.

Ok, aku akan tunjukkan cara yang berlainan dan mungkin agak sukar sedikit bagi yang masih baru.

Pastikan anda :

  1. Mempunyai hosting sendiri.
  2. Mempunyai wordpress siap dipasang.
  3. Mempunyai akses hosting control panel.
  4. Mempunyai talian internet yang aktif untuk telefon bimbit.

Langkah Pertama

Login ke hosting control panel, cipta emel baru, khas untuk live blogging.

Cipta Emel
Cipta Emel

Masukkan emel dan password, Create Account. Ciptakan 2 akaun email, pertama [email protected] dan yang kedua [email protected].

Email pertama adalah untuk menerima dan email kedua adalah untuk menghantar.

Config Emel
Config Emel

Pada emel yang kita cipta tadi, klik Configure Email Client.

Paparan Emel
Paparan Emel

Paparan manual setting. Simpan untuk kegunaan langkah seterusnya.

Langkah kedua

Pasang plugin Postie pada wordpress anda, dan aktifkan plugin tersebut. Kemudian, ke postie setting. Setkan emel yang anda cipta tadi.

Set Emel
Set Emel

Setkan seperti yang tercatat pada paparan manual seting tadi. Port biasa untuk POP3 adalah 110.

Emel yang dibenarkan
Emel yang dibenarkan

Authorized, pastikan emel mana yang boleh menerima post tersebut. Andai kata aku menggunakan [email protected], masukkan pada kotak Authorized Addresses. Pastikan anda setkan email ini pada langkah ketiga nanti.

Setkan Kedudukan Gambar
Setkan Kedudukan Gambar

Pada bahagian image, setkan mengikut citarasa. Ini menentukan tataletak gambar pada entry anda.

Langkah ketiga

Setkan emel untuk telefon bimbit anda. Aku menggunakan telefon bimbit Nokia s60. Hampir semua jenis telefon bimbit mempunyai fungsi yang serupa.

Sila ke Messaging > Options > Setting > Emel > Mailboxes > New Mailbox > Mailboxes Setting. Isikan semuanya seperti contoh yang rajah ketiga diatas.

Contoh yang diisi oleh aku. Pastikan emel yang dicipta pada awal tadi. aku menggunakan contoh [email protected]

Contoh :

Mailbox name : Apa-apa sahaja

Access point in use : Maxis (Contoh – gunakan Access Point yang aktif.)

My e-mail address : [email protected]

Outgoing mail server : mail.ahmadrushdi.com

User name : aku+ahmadrushdi.com

Password : ******

Incoming mail server : mail.ahmadrushdi.com

Mailbox type : POP3

Langkah keempat

Anda sudah boleh membuat live blogging. Hanya ke Messaging > New > Email. Hantarkan ke [email protected]. Format yang digunakan seperti berikut. Subject adalah sebagai Tajuk post anda, seterusnya penerangan, tags untuk masukkan tag.

To : [email protected]

CC :

Subject : Tajuk Live Blog

hi, saya sudah berjaya mencuba ini.

tags: live blog, mobile

Yey! sudah selesai.

  • Email yang digunakan untuk tutorial ini tidak aktif.
  • Pastikan telefon bimbit anda mempunyai talian internet yang aktif bagi membolehkan emel dihantar. *Aku tidak menggunakan MMS, habis kredit. haha
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak attachment untuk dimuatkan didalam satu entri. Contoh Jalan-jalan Malam Ramadhan.
  • Attachment adalah disimpan didalam hosting anda sendiri.

p/s : Ini adalah kaedah yang digunakan oleh aku, mungkin berbeza dengan orang lain. Kalau ada cara yang mudah sikit boleh la kongsi. hehe.

Jika ada sebarang masalah berkaitan, sila kemukakan. Jangan malu-malu.. 😀

33 thoughts on “Tutorial Bagaimana Membuat Live Blogging”

  1. kaedah amat berlainan sekali… nice info bro.
    masalahnye adalah satu je teknik ni… image akan
    disimpan terus dalam hosting. lama-lama tak sedar
    capacity hosting dah nak penuh. just pendapat jer la kan.
    ade option tak untuk solution image tu?
    sebab selama ni aku gunakan liveblog Flickr.

    thanks!

    1. Mulanya memang nak guna flickr, fikir2 balik nak kena upgrade pro juga lepas ni. Duit lagi. haha.. tu yang guna hosting sendiri.

      Pasal images ni rasanya tiada masalah. Lambat lagi nak penuh. Nanti penuh kita beli datacentre terus. hehe..

    1. owh, selamat datang. hehe..
      Flickr ni kalo akaun free limit 200 newest photo display. Bila upgrade pro, boleh la nak masuk banyak mana pun dan gambar lama yg dihadkan 200 dulu boleh diakses seperti biasa..

      1. Adeh tak best lah coz saya guna tumblr sebagai liveblog tapi
        benda tu die tak kira mms charge die kira tranfer rate

        Macam masa tu saya send email ke tumblr then almost RM 2 die amik. Memang *&^%^# huhu
        Saya guna celcom

        1. ooo.. hehe. Tutorial kat atas ni guna data transfer rate, internet la senang cerita kan. Sebab internet untuk mobile sini murah, tapi ada limit la. hehe..

          Maxis atas tu contoh je, untuk pengguna Malaysia. 😀

          Tukar je la sim celcom tu ke broadband. boleh kan. Jenuh la nak bayar bulan2 pulak.. haha

    1. Tak tahu pula cas Maxis berapa. hehe. Aku guna Etisalat. LE0.99 (RM0.60) dan Limit 5MB untuk sehari, lebih 5MB cas LE5/1MB. boleh lihat di http://www.etisalat.com.eg

      Kalau setakat nak post 5-6 entry sehari pun tak sampai 5MB rasanya. hehe..

  2. salam. mcm mana nak letak gambar kat entry live blogging tu? mmg la kena tangkap gambar.. pastu camna nak tarik masuk ke entry?

    1. wslm.. gambar guna attachment, ada kat aplikasi email dlm hp. Insert Attachment. kena tangkap gambar dulu la. pastu hantar la guna emel. hehe.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.