Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

AMD atau intel? Itulah yang bermain difikiran aku. Aku bertanya pada Cikgu Bat, jangan beli AMD nanti tidak seronok menggunakan Linux 😀 . Maaf Cikgu Bat, sebenarnya aku memang minat AMD dari sekolah lagi. Jadi, beberapa minggu lepas aku telefon Ayah dengan Mak. Kena tanya dulu sebelum beli, sebab duit mereka berdua yang bagi.

“Mak, nak beli komputer boleh?”
“Ish, kompita.. mak bukan reti aih, kalo ada duit beli la.. mak tak dak duit.”
“Mak, mai nak cakap ngan ayah sat, nak tanya ayah dulu..”
“Assalamualaikum, ayah sihat ka?”
“Waalaikumussalam, alhamdulillah, sihat lagu tu la..”
“Ayah, nak beli komputer boleh dak?”
“Banyak mana (harga)?? Beli la kalau ada duit lebih..”

Apa lagi, aku dengan senang hati, mencatat senarai barang yang hendak dibeli beserta harga. Pergi kedai komputer dan mendapatkan khidmat bantuan dari seorang staf disitu bernama Karim Abdul Aziz. Layanan yang cukup bagus aku katakan. Apabila dah siap senarai nama barang, aku dikehendaki membayar semua. 10 minit lagi siap kata Karim Abdul Aziz. “Yallah, ruh sallu isya’ awwalan..” “Yallah.. ” (more…)