Hi, welcome to ahmadrushdi.com, love simple and clean design
I create beautiful website and design good graphic

LINK

Sambungan daripada kelahiran Nabi Muhammad,  pada mulanya Nabi disusui oleh Suaibah hamba wanita Abu Lahab selama beberapa hari. Kemudian Abdul Muthalib memberikan cucunya yang paling disayangi itu kepada  seorang ibu susu yang datang dari kampung seperti kebiasaan bangsa Arab. Bangsa Arab lebih senang untuk meyusukan anaknya kepada ibu susu dari kampung kerana keadaan di kampung udaranya lebih bersih untuk pertumbuhan anak kecil. Di samping pengaruh kampung sangat baik sekali bagi pertumbuhan akhlak si bayi dan bahsa di kapung lebih fasih daripada bahasa kota.

Waktu itu ada beberapa wanita datang dari kampung Banu Saad untuk mencari pekerjaan menyusukan anak bayi. Wanita Banu Saad sangat terkenal dengan pekerjaan mereka yang satu ini dan terkenal dengan kefasihan bahasanya. Di antara mereka yang datang itu adalah Siti Halimah Sa’diayah. Siti Halimah datang kerana waktu itu kampungnya sangat terdesak. Pada umumnya para ibu susu itu mencari bayi dari keluarga kaya agar mereka mendapat upah yang besar. Pada mulanya setiap kali bayi Abdul Muthalib itu ditawarkan pada setiap orang, mereka selalu tolak termasuklah Siti Halimah yang pada itu juga mencari bayi dari keluarga orang kaya. Namun sayang, Siti Halimah tidak mendapat bayi orang kaya, kerana itulah beliau terpaksa menerima bayi Abdul Muthalib yang miskin dan yatim. (more…)

LINK

Abdullah dan Aminah

Selama hidupnya Abdul Muthalib diberi oleh Allah sepuluh orang putera. Semua puteranya sangat disegani oleh bangsa Quraisy. Salah seorang putera Abdul Muthalib yang paling disayangi oleh beliua adalah Abdullah ayah Nabi Muhammad S.A.W. Setelah Abdullah cukup umur, beliau dikahwinkan dengan seorang puteri yang sangat terkemuka diantara kaumnya yang bernama Aminah.

Namun, sayang sekali kerana tempoh perkahwinan kedua insan itu tidak panjang. Sebelum setahun dari perkahwinan mereka, Allah telah memanggil Abdullah kembali kepadaNya. Tetapi sebelum Abdullah wafat, beliau sempat menyimpan benih suci dalam rahim ibunda Nabi. Selama dalam tempoh mengandung itu, ibunda Nabi sentiasa dalam mimpi tanda-tanda kebesaran bayi yang ada dalam kandungannya.

Kelahiran Nabi

Tepat pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal bertepatan 20 April 571M, alam semesta bergembira dengan kelahran seorang bayi suci yang akan menjadi Nabi akhir zaman. Sedang menurut ahli ilmu falaq Mesir, Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah tanggal 9 Rabiul Awal tahun Gajah, bertepatan dengan 20 April tahun 571M. Bayi suci itu tidak lain adalah Nabi kita Muhammad. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murra bin Kaab bin Luaiy bin Ghlaib bin Fihr bin Malik bin Madher bin Kinanah bin Khuzainah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Maad bin Adnan. Nasab Adnan berakhir dengan nasab Nabi Ismail bin Ibrahim A.S. (more…)

LINK

Peristiwa Israk Mikraj bukanlah satu peristiwa biasa. Peristiwa ini juga bukan hanya sekadar perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan tujuan untuk melihat alam semesta sahaja. Namun perjalanan israk mikraj tersebut mempunyai erti yang amat bermakna bagi kehidupan Nabi secara peribadi ataupun bagi umat islam seluruhnya.

Perjalanan ghaib ini mempunyai erti yang amat besar bagi kita untuk melihat kekuasaan Allah, pencipta alam semesta dan segala isinya. Kerana itulah mengabdikan perjalanan Israk dan Mikraj tersebut dalam dua surah, iaitu surah Al-Isra’ dan An-Najmi.

Perjalanan Israk dan Mikraj itu merupakan petanda bahawa risalah Islamiah yang dibawa oleh Nabi Muhammad bukan hanya untuk bangsa Arab sahaja. Namun risalah Islamiah tersebut umum buat seluruh umat manusia. (more…)