Gunung Keriang, Kedah

Sebelum ini, hanya menaiki kenderaan lalu di kawasan Gunung Keriang ni. Tengok pemandangan sahaja. Kemudian, baru-baru ini terlintas di hati hendak mendaki.

Aku cuba mengajak seorang kawan, dia pun bersetuju dan bersemangat untuk naik, terus kami tetapkan tarikh untuk mendaki.

Sebelum itu, jom kita kenal dulu Gunung Keriang ni. Ketinggian Gunung Keriang ini mempunyai ketinggian 218 meter dari paras laut. Terletak lebih kurang 8 km dari ibu negeri Kedah, Alor Setar. Disini juga merupakan tempat rekreasi, sesuai untuk beriadah dan santai bersama keluarga. Juga untuk peminat batu permata, kerana terdapat gua yang di dalamnya terdapat batu-baru kristal yang menarik.

Laluan mendaki dimulakan dengan anak tangga, kemudian laluan berbatu dan tangga buatan di celah-celah batu. Memang menarik. Laluan trek tangga dan berbatu ini sepanjang lebih 1km (satu kilometer), ada juga laluan yang agak curam.

Pertama kali mendaki, mencatat masa 26 minit +-. Pendakian kedua pada hari berikutnya, mencatat masa 21 minit +- dan Pendakian ketiga 17 minit +-, menunjukkan peningkatan, yheahhh!!.

17 minit merupakan rekod peribadi setakat ini. Mungkin pada masa akan datang akan cuba untuk memecah rekod tersebut. Sebelum itu aku perlu meningkatkan stamina dan kekuatan kaki. Doakan aku!.

Oh ya, Gunung keriang ini sesuai untuk semua, kerana tiada laluan yang berbahaya. Ada disediakan tali dan tempat untuk berpaut.

Kepada pendaki baru, boleh sangat untuk mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.