Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang yang mebuktikan kehebatan diri. Tetapi bagi orang yang lemah pula ada tiga kemungkinan. Pertama mereka tidak ada rujukan mana-mana orang yang cemerlang. Keduanya, kalau ada pun rujukan orang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu. Atau ketiganya, rujukan mereka ialah rakan yang lemah sendiri.
Bagi merasionalkan kelemahan atau kemalasan mereka, orang ini akan berkata “Kalau dia tu sudah berusaha pun masih gagal, buat apa kita berusaha bersungguh-sungguh.”
Aku akan mengharungi peperiksaan tidak lama lagi, iaitu pada 11hb Januari sehingga 22hb Januari 2009. Doakan aku berjaya. Ya Allah! berikanlah aku ilmu dan berkatilah hidupku.