Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa

Sambungan daripada penetapan puasa Ramadhan

Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa

Puasa Ramadhan menjadi wajib apabila sempurnanya perkara berikut :

1. Islam – Puasa tidak wajib ke atas orang kafir dengan makna di dunia ini dia tidak dituntut untuk berpuasa kerana puasa adalah satu cabang kemasukannya ke dalam Islam. Selagimana dia tidak masuk islam maka dia tidak ada makna bagi puasanya dan tidak ada makna di dituntut untuk berpuasa.Adapun di akhirat, mereka akan disiksa kerana kekafirannya dan kerana dia meninggalkan cabang-cabang Islam.
2. Taklif – Maksud taklif ialah orang Islam itu telah berakal dan baligh. Sekiranya hilang salah satu daripada dua sifat ini maka jatuhlah daripadanya sifat taklif. Apabila jatuh sifat taklif maka dia tidak dituntut sedikitpun melaksanakan tugas-tugas keagamaan.
Dalilnya ialah hadis Ali r.a. bahawa Nabi SAW bersabda :

رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل

Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“. (Abu Daud (4403) dan selainnya).

3. Tiada keuzuran yang menghalangnya berpuasa ataupun Mengharuskanya Berbuka

3.1 Keuzuran yang menghalang daripada berpuasa ialah :

1. Berada di dalam keadaan haid atau nifas pada mana-mana bahagian waktu siang.

2. Pengsan atau gila sepanjang siang hari. Sekiranya dia sedar pada waktu siang walaupun satu saat, maka hilanglah keuzuran dan dia wajib menahan diri untuk baki hari tersebut.

3.2 Keuzuran yang mengharuskan berbuka ialah :

1. Sakit yang mendatangkan mudharat yang besar ataupun kesakitan dan kebimbangan yang amat dahsyat kepada orang yang berpuasa. Jika penyakitnya itu menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu semakin dahsyat (jika dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan mati (sekiranya dia meneruskan puasanya), maja pada waktu itu dia wajib berbuka.

2. Musafir yang jauh tidak kurang daripada 83 km dengan syarat ia adalah pemusafiran yang dibenarkan dan mencakupi seluruh hari.

Mengenai seorang yang berpuasa, pada waktu paginya dia bermukim, kemudian dia bermusafir pada waktu siang, maka dia tidak dibenarkan berbuka.

Dalil kedua-dua penguzuran ini ialah firman Allah ;

وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain“. (Al-Baqarah : 185)

3. Tidak mampu berpuasa. Oleh itu tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh kerana puasa hanya wajib terhadap orang yang mampu melakukannya.

Dalilnya adalah firman Allah ;

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (Al-Baqarah : 184)

Dibacakan juga ‘Yutawwaqunahu’ yang bermaksud jika mereka tetap diwajibkan melakukannya (puasa), nescaya mereka tidak mampu melakukannya.

Ibnu Abbad r.a. berkata : Yang dimaksudkan ialah orang lelaki dan perempuan yang terlalu tua, keduanya tidak mampu untuk berpuasa, kedua-duanya hendaklah menggantikan setiap hari puasa dengan memberi makan seorang fakir miskin. Riwayat Bukhari (4235).

Syarat Sah Puasa

Syarat Sah Puasa ialah :

  1. Islam, tidak sah puasa orang kafir.
  2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagaimana sembahyang.
  3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.

Siap ditaip pada jam 8.17PM
Seberbay, Hari Khamis 13/8/09.

33 thoughts on “Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa”

    1. Waalaikumussalam, Niat adalah rukun puasa. Tidak termasuk di dalam syarat sah.

      Rukun puasa :
      1. Niat puasa.
      2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.

      Kita kena tahu, rukun adalah benda yang tak dapat tidak untuk sah puasa. Pasti kena ada niat. Niat adalah termasuk hakikat puasa.

      Niat ni ditujukan kepada ibadat, tetapi pada bab puasa ni dimaafkan niat daripada masuk ibadat (puasa), kerana berhati-hati, takut terlepas waktu. Sebab tu dibolehkan niat sebelum fajar.

      terima kasih.

      baca rukun puasa disini https://www.ahmadrushdi.com/2009/08/rukun-puasa/

  1. salam..ustaz..apakah sah puasa bila bangun pagi lebih kurang jam 7.30 pagi,mandi kemudian memberus gigi.maksudnya ambil berus,letak ubat gigi kemudian masuk kedalam mulut dan berus.tak batal ke puasa?

    1. wslm.. sebenarnya Ulama’ bahas panjang berkaitan hal (berus gigi atau siwak). Saya bagi jawapan pendek cukuplah.

      Sah puasa kalau bangun 7.30 pagi (mesti terlepas subuh ni 😀 ), jika sudah niat pada malamnya. Manakala berus gigi menggunakan ubat gigi pun boleh dan sah puasa. Cuma kena berhati-hatilah, jangan sampai telan ubat gigi tu. Kalau telan batallah puasa. hehe..

      harap dapat membantu. terima kasih bertanya.

    1. Sah puasa bagi lelaki yang berhadas besar walau selepas azan subuh, sama ada kerana bersetubuh atau mimpi.

      Ramai beranggapan tidak boleh puasa, ini silap. Cuma kita berjaga-jaga didalam proses mandi hadas supaya tidak berlakunya perkara membatalkan puasa seperti memasukkan air ke dalam rongga yang terbuka.

      Ada didalam hadis menceritakan bahawa nabi pernah dalam keadaan junub hingga sampai waktu subuh, dan nabi terus berpuasa.

      1. Assalamualaikum… jika kita terhadas besar semasa waktu tngah berpuasa macamna pulak? Maksud cam terhadas smasa mimpi disiang hari..aku keluarkan dgn sngaja..?

        1. Waalaikumussalam, jika bermimpi pada siang hari (tidak sengaja) tidak mengapa dan sah puasa. Jika mengeluarkan mani dengan sengaja pada siang hari ramadhan, batal puasa.

  2. habsah zaharudin

    jika kita datang haid atau sudah baligh,memanglah wajib tinggal puasa tapi mesti diganti…sebagai puasa ganti…

      1. habsah zaharudin

        kita juga tidak boleh mengata,menghina,memarahi atau mencaci orang dalam bulan puasa……..

    1. Kalau korek dengan sengaja dan sedar semasa puasa hingga sampai ke rongga dalam batallah puasa disisi imam syafie. 🙂

  3. assalamualaikum..saya ingin bertanya,suami saya menjalani pembedahan appendiks dan terkena jangkitan kuman.jahitannya dibuka dan kini dia ke klinik setiap hari untuk mencuci dalam lukanya.dia mampu berpuasa namun luka pembedahan belum dijahit dan hanya disumbat kapas serta mengalirkan sedikit darah.adakah sah jika dia berpuasa?

    1. Waalaikumussalam, mencuci appendiks ini di bahagian luar perut yg membawa makanan kan? jika begitu sahlah puasanya.

      Disisi Jumhur ulama, perlu berbuka jika ubat sampai ke dalam perut yang membawa makanan dengan ikhtiar, sepertimana makan.

      Berkaitan memasukkan melalui lubang pembedahan itu tidak mengapa, kerana ia bukan dari rongga terbuka yang biasa kita tahu dan tidak sampai kepada perut yang membawa makanan.

      Wallahu ‘alam

  4. salam ustaz. sekiranya seorg perempuan yg telah bebas dri haid (darah sudah berhenti keluar), tetapi belum mandi wajib lg, dan ingin mandi wajib di siang harinya, adakah dia di boleh kn berpuasa walaupon belum mandi wajib ??

    1. Salam, jika perempuan haid itu berniat untuk puasa esok hari sebelum putus haidnya, kemudian putus haid pada malam itu, dan jika sempurna putus haid itu pada waktu malam maka sah puasanya.

      Dengan sebab putus haid itu siang baginya bersih. Maka wajib puasa dan sah puasanya walaupun belum mandi sehingga siang samaada dengan sengaja atau lupa. Seperti juga kerana junub.

      Wallahu ‘alam

  5. assalamualaikum ustaz. just nk tanya. tp malu. hehehe.
    klau kita dalam hadas besar, puasa di terima x?
    contoh : tak mandi wajib selepas mengeluarkan mani pd malam hari, tapi berpuasa pd keesokkan harinya.

    1. Waalaikumussalam, puasa diterima atau tak tu hanya Allah yang tahu. Cuma kita kena tahu sah atau tidak. Orang yang berhadas besar boleh berpuasa walaupun tidak mandi wajib sehingga siang hari, dengan syarat di niat hendak berpuasa esoknya pada malam hari.

      Wallahu ‘alam

  6. salam ustad, bagaimana waktu berpuasa di luar negara yg waktu nya siang lebih panjang.. apakah kita kena tunggu sehingga terbenam matahari atau masuknya waktu mahgrib boleh kita berbuka puasa…..

    1. Wslm, kena ikut negara itulah walaupun waktu siangnya panjang.

      Kita faham semula takrif puasa pada syarak – Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

      Wallahu ‘alam

  7. maaf ustad masu tanya nih. Ada informasi mengatakan bahwa puasa ramadhan dalam keadaan hadas besar masih sah puasa tetapi tidak boleh sholat dan membaca al’quran. Ada yang mengatakan nabi Muhammad SAW pernah masih hadas besar dan mandi junub setelah waktu subuh. Yang benar gimana ustad?

    1. Informasi itu betul. Sah puasa walaupun dalam keadaan hadas besar. Berkaitan solat pula, jika berhadas, kecil atau besar memang tidak sah solat. Juga berdosa besar kerana meninggalkan solat 5 waktu.

      Sia-sia puasa jika tidak melakukan solat dan membaca Al-Quran.

      Wallahu ‘alam

  8. Assalamualaikum ustaz,
    saya pernah ditanya oleh rakan non-muslim berkenaan puasa. saya menerangkan kepada mereka bahawa waktu berbuka puasa adalah setelah terbenam fajar. mereka bertanya bagaimana sekiranya berpuasa di kawasan kutub dimana siang disana boleh mencapai 6 bulan (terbit fajar sekitar mac dan terbenam fajar sekitar september). Soalan ini menyebabkan saya tidak dapat memberikan jawapan yg meyakinkan beliau. Apa pandangan ustaz?

    1. waalaikumussalam. Berkenaan puasa di kawasan kutub, saya hurai secara ringkas. Hendaklah berpuasa mengikut waktu negara-negara terdekat. Atau mengikut waktu berpuasa bagi Makkah dan Madinah. Atau mengikut waktu berpuasa bagi negeri asalnya.

      Pendapat yang rajih adalah berpuasa mengikut waktu bagi negara terdekat.

      Wallahu taala ‘alam

  9. Salam ustaz,

    Saya ada seorang rakan, dia berpuasa seperti biasa di siang hari, ttp tidak tunaikan solat. Bila ditanya beliau hanya menjawab “aku tak mandi wajib lagi”. Soalan saya, sahkah puasa sepanjang hari itu walaupun beliau tidak mandi wajib sepanjang siang hari beliau berpusa?

  10. ustdm bagaimana jika malam hari junub karena di sennghaja, lalu pagi kesiangan sehingga ketinggalan solat subuh, apakah puasanya sah atau tidak ?

Leave a Reply to admin Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.