Simple Forum SK Logo
November 3, 2008

Lamanya tak kemaskini blog, sampai terlupa aku menyertai pertandingan mencipta logo untuk forum sembang komputer . Nah, tengok punya tengok dah mengundi rupanya logo-logo yang ditandingkan. Sebanyak 10 daripada 52 logo layak untuk diundi, setelah ditapis oleh Saudara Khairul, pemilik Sembangkomputer.com.
Aku design logo ni pada hari Ahad, 14 September 2008, jam 6 pagi kot siap, selepas solat subuh. Sekejap saja design logo ni, aku buat seringkas mungkin. Nampaknya, kerana terlampau ringkas juga orang tak nampak logo aku, haha.. padan.. simple sangat.
Dah tak menang rupanya logo aku. Berada di tangga kedua terakhir statistik ketika artikel ini ditulis. Tapi bukanlah nak sangat hadiah tu (sedih tak menang ni), hanya sekadar menceriakan suasana dan menjalin ukhwah sesama blogger. Tahniah! kepada yang menang..
Ni la sikit penerangan logo yang aku cipta tu :
- Atas : 2 Smiley (Kuning dan Merah), smiley yang memberi maksud tersendiri.
- Bawah : Gabungan 2 huruf penulisan melayu, rumi dah jawi, Huruf ’s’ bermaksud sembang dan huruf jawi ‘kaf’ bermaksud komputer.
- Tujuan smiley dan ruang kiri kanan adalah untuk Event ala google gitu..
- Contoh untuk hari raya boleh letakkan smiley bersongkok ke ketupat ke dan lain-lain.
* warna hijau itu hanya contoh, warna boleh diubah mengikut kesesuaian tema.
p/s : masa untuk study.. doakan aku berjaya..
Design Oh Design
October 7, 2008
Lama juga aku tak sempat menulis disini, malas bukan alasan. Kita masih di Bulan Syawal, bulan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Upin dan Ipin dah habis. Aku pun layan juga cerita komedi kanak-kanak ni. Teringat kampung seh!
Dalam kesibukan raya ni, aku juga perlu design sekeping dua gambar. Rekaan grafik ringkas dan menarik. Itu saja yang perlu aku buat. Mudah bukan? Ya! memang mudah. Kadang-kadang yang mudah ni jugalah yang menyusahkan
Idea nak design ni tak muncul pulak dalam kepala ni. Mungkin aku akan buat satu laman web atau buku skrap yang menghimpunkan corak-corak design untuk aku renung satu masa nanti.
Selamat Hari Raya
September 28, 2008
Assalamualaikum, bulan Syawal akan menjelma tidak lama lagi, jadi disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin. Ucapan ditujukan kepada Ayah dan Emak tercinta, abang-abang, kakak-kakak, sanak saudara, sahabat handai yang mengenali diri ini. Tahun ini, raya di negara orang lagi.
Aku juga ingin mengucapkan Relamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan penulis blog. Maaf, link kalian masih belum aku masukkan dalam senarai rakan. Masih memikir susun atur yang sesuai
Makan ketupat dan rendang tu jangan lupa orang kat sini. Aku nak buat apa hari raya ni eh??
Majlis Berbuka Puasa
September 23, 2008
Aku bercerita ringkas pada kali ini, Wahbah Anwar, sahabat karibku, bangsa arab berketurunan Saidina Muhammad SAW, telah menjemput aku untuk berbuka puasa bersama dengan Ahli Tariqat Ahmadiah Albadawiah. Dia juga menyuruh aku menjemput sahabat-sahabat lain dari kalangan Pelajar Malaysia. Mungkin kesibukan aku dan juga org lain, jumlah yang ingin pergi mulanya ramai, tetapi hanya 6 org berjaya menyahut cabaran ini, ceewah..
22hb September 2008. Pengangkutan disediakan oleh Wahbah, aku berasa malu juga kerana tidak ramai yang ikut. Aku minta maaf dengan dia. Biasalah, dia sentiasa ceria dengan cakapan yang sering membuatkan aku ceria dan menghiburkan, itu kelebihan dia barangkali. Setelah semua bersedia, kami bertolak ke tempat untuk berbuka puasa, iaitu Subra Mallis. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit rasanya, kami agak terlambat, setelah sampai kami dijemput untuk menjamu selera.
Setelah selesai menjamu selera, kami dijemput untuk bersalaman dengan Ayah Wahbah, dan tuan rumah Ahmad Helmi. Aku juga berjumpa dengan Dr. Baiyumi, Kareem Asakir (aku sering bertanya tentang bacaan Al-Quran), Syeikh Ali, dan ahli tariqat lain. Kami disediakan dengan teh panas. Setelah selesai kami memunaikan Solat Maghrib dimasjid bersebelahan tempat berbuka tadi. Syeikh Hussien merupakan imam masjid dan wakil Azhar disitu mengikut cerita dari Wahbah.
Setelah selesai solat Maghrib, kami menuju ke masjid seterusnya untuk menunaikan Solat Isya’ dan Solat Sunat Tarawih. Kami menunaikan 23 Rakaat beserta Witir. Pelajar Malaysia, Mohd Nor menjadi imam untuk 7 rakaat terakhir. Sedap juga suara dia rupanya, tetapi suara agak perlahan.
Seterusnya kami menuju kembali ke rumah Tuan Ahmad Helmi, untuk memulakan majlis zikir. Aku begitu rindu mendengar puji-pujian ke atas Nabi Muhammad, Qasidah Burdah dan Madih berlangsung hampir 3 jam. Tidak putus dengan hidangan teh, kopi dan fresh orange sejuk. Aku begitu gembira dengan majlis ini, dan aku berharap kepada rakan-rakan yang pergi bersama aku juga gembira dan mendapat pengamalan baru.
Tepat pukul 11 malam, majlis zikir ini ditutup dengan bacaan doa dari Wahbah. Kenderaan masih belum sampai, kami menunggu sambil bersembang dengan saudara-saudara Wahbah. Hampir pukul 12 kenderaan untuk membawa kami pulang tiba. Setelah bersalaman, kami bertolak pulang.
Dalam perjalanan kami sempat singgah membeli Buah Mangga yang dijual diluar dusun/kebun mangga. Dibuka 24 jam rasanya. Buah-buah mangga disitu dikelaskan mengikut gred dari Harga LE5 sehingga LE12. Banyaknya tidak terkira. Jumlah yang kami beli disitu adalah 9 1/2 kilo.
Kami menyambung perjalanan dan menuju ke rumah. Pukul 1 pagi juga sampai dirumah. inilah kali kedua aku mengikut Wahbah ke majlis berbuka puasa dia rumah Haji Ahmad Helmi. Terima Kasih, tahun depan jangan lupa ajak lagi. Aku memang bersemangat dan bergembira apabila mengikut Wahbah ni..
Adakah Aku Telah Berubah?
September 20, 2008
Sejak akhir-akhir ini aku sering menerima mesej dari rakan-rakan. Mesej ini dihantar melalui Yahoo Messenger. Satu mesej yang aku kira memberi kesan mendalam terhadap diri aku. Mungkinkah aku telah banyak berubah? Apabila aku membaca :
Pemikiran kita adalah raja. Ianya menentukan kejayaan kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita mampu mengubah dunia jika itu yang kita fikirkan. Begitu juga sebaliknya. Tiada apa yang berubah selagi pemikiran kita tidak berubah. “Bila kita mengubah pemikiran kita, kita sebenarnya mengubah kepercayaan kita; Bila kita mengubah kepercayaan kita, kita sebenarnya mengubah jangkaan kita; Bila kita mengubah jangkaan kita, kita sebenarnya mengubah sikap kita; Bila kita mengubah sikap kita, kita sebenarnya mengubah tabiat kita; Bila kita mengubah tabiat kita, kita sebenarnya mengubah prestasi kita; Bila kita mengubah prestasi kita, kita sebenarnya mengubah hidup kita; Semua ini bermula dengan mengubah pemikiran kita”
Ya! aku memang akui, aku telah banyak berubah. Aku tidak akan memberi alasan berkaitan perkara-perkara lain. Mungkin perkara lain juga penyebab aku banyak berubah. Telinga aku mungkin tidak dapat menghilangkan kesan nasihat dan teguran dari Ayah dan Mak. Aku merupakan anak yang agak nakal, mereka tetap sabar mendidik aku. Terima Kasih Ayah dan Mak. Aku merindui mereka berdua.
Aku berharap pada bulan ramadhan ini aku mendapat keampunan dan rahmat dari daripada Allah..
Aku Bermula
September 17, 2008
Aku bermula, ya! perkataan ‘aku’ akan bermula dengan timbulnya artikel ini. Yeah, aku akan menjadi ganas seperti raksasa untuk menentang ultraman
. Ganas dalam dunia blog ini sahaja, aku tetap aku. Siapa yang rapat dengan aku mungkin dia terasa sedikit terkejut dengan penulisan ini, biarkan dia seketika. Lama kelamaan oklah tu.
Sudah lama ini bertukar, cuma mungkin seru belum sampai haha
. Bila terbaca di blog affuan dan infomalaya, aku perlu sesuaikan diri untuk terus hidupkan suasana. Aku ingin berjumpa affuan untuk belasah beliau
. Cukup setakat itu. Aku nak pergi masak untuk bersahur.
Sejak kebelakangan ini talian internet ke rumah aku tidak memuaskan. Susah untuk aku kemaskini blog dan juga melawat blog rakan-rakan. Sekarang mungkin lebih baik. Jika bermasalah lagi, aku akan terus berhentikan perkhidmatan internet ini, dan aku hanya akan menggunakan sambungan dari telefon bimbit 3G dari Vodafone, tapi sayang kelajuan dari telefon bimbit ini hanya mampu mencapai 1MB/s.
Aku telah berjaya. Aku kini aku.
Google Chrome
September 17, 2008
Google telah mengeluarkan pelayar web pertama mereka, iaitu Google Chrome. Pada permulaan menggunakan Google Chrome ini, aku merasa tertarik dengan ruang yang luas, interface yang simple dan kemas.
Di dalam kecanggihan teknologi ini, google cuba mendapatkan maklumat dari pengguna yang menggunakan Google Chrome ini, melalui IP. Dan aku masih menggunakan Mozilla Firefox, walaupun sesekali menggunakan Google Chrome hehe..
Wajah Kartunku!
August 29, 2008

Teringin juga hendak mencuba Face Your Manga. Bat, chot, megat, firdee dan ramai lagi sudah mencuba. Comel juga avatar manga mereka. Dah lama teringin nak buat, cuma masa tidak mengizinkan. Sementara menunggu azan subuh berkumandang, teringat untuk cuba lakarkan wajah manga sendiri. Inilah hasilnya, sapa kata comel sila angkat tangan. hehe..
Mujur tiada sideburn ala Mawi. Mesti bangga Si Mawi tu kan, kalau ada. Dan! saya bukan peminat mawi.
Alangkah Seronok
August 23, 2008
Bat dah balik kampung, balik kempen agaknya. Si babat ni sokong mana? Seronoknya kalau boleh balik kampung, hehe. Saya masih disini, teruskan disini.
Saya juga perlu siapkan beberapa tugasan dengan kadar segera. Puasa pun dah dekat, tidak sabar rasanya hendak berpuasa. Kemeriahan sudah terasa disini, kurma, kismis, mis-mis dan lain-lain sudah mula berlambak di kedai-kedai runcit. Saya belum beli lagi semua itu, mungkin 2-3 hari lagi. Iklan dan takwim sudah diedarkan. Dah dapat, percuma.
Permainan tag diblog-blog orang Malaysia ni nampaknya belum tamat, masih berlanjutan dan terasa kemeriahannya. Jangan tag saya, malas nak jawab, hehe. Mungkin saya akan mulakan permainan ini sempena Ramadhan. Mari kita lihat siapa yang kena nanti.




Aku diberi nama Ahmad Rushdi. Aku merupakan seorang pelajar yang meminati bidang penulisan dan pembangunan web. Juga meminati seni grafik, aku masih belajar menggunakan Gimp.