Metro – Keretapi Bawah Tanah

Jumaat pagi aku ke Kaherah. Menghantar barang yang ditempah oleh kawan. Perjumpaan dengan dia selama 5 minit di stesyen keretapi bawah tanah Metro. Perjalanan hari ini tenang sekali, lancar. Keadaan hujan lebat semalam membuatkan cuaca agak sejuk dan lebuh raya sedikit banjir dinaiki air.

Metro - Egypt

Kosong

Cubaan mengambil gambar panorama dari telefon bimbit. Agak janggal sedikit disitu. Tetapi tetap menarik kan? haha. Suasana lengang, mungkin disebabkan hari Jumaat. Doakan perjalanan semua selamat. :)

08. April 2011 by admin
5 komen

Fathalla Tanta

Hari ini keluar membeli barang keperluan di Fathalla. Sinilah tempat membeli mingguan, harga murah sedikit dari kedai biasa. Sempat snap satu gambar je, tiba-tiba datang pegawai dia cakap tak boleh ambil gambar. :)

03. April 2011 by admin
2 komen

Gempa Bumi Di Greece Turut Gegar Mesir

Gempa Bumi - *gambar hiasan

Lama tidak menulis ya. Tajuk entri juga nampak begitu formal. Petang tadi, waktu Mesir jam 3.35 pada 1 April 2011, gegaran berlaku. Agak kuat juga gegaran kata kawan-kawan. Aku tidak rasa gegaran disebabkan berada dalam kenderaan. :)

Gempa Bumi kuat telah melanda selatan Pulau Crete di Greek. Gegaran turut dirasai oleh Mesir dan Turki. Gempa Bumi berkekuatan 6.2 pada skala richter dilaporkan oleh Insitusi Geologikal Athen dan Pusat Kajian Jerman. U.S. Geological Survey memberikan maklumat awal yang sedikit rendah iaitu berkekuatan 5.9 pada skala richter. Magnitud yang telah direkodkan oleh Institusi-Institusi atau lembaga Geologi sering berbeza. :)

Harap tidak adalah berlakunya Tsunami atau kerosakan teruk seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini.

02. April 2011 by admin
Komen

Masjid Di Roxy

Singgah kejap solat, baru lepas makan. Teman kawan hendak membeli komputer. :)

26. March 2011 by admin
4 komen

Cubaan Live Blog

Kesejukan mengadap internet.

24. March 2011 by admin
2 komen

← Older posts

Newer posts →